الداعية الأديب الحاج عبد الكريم أمر الله (بويا حَمْكَه)

Dai Sastrawan, Abdul Karim Amrullah

0 1٬165

ولد بويا حَمْكَه في عام 1908، في قرية موليك، في منطقة مانينجاو، بسومطرة الغربية، وتوفي في جاكرتا يوم 24 يوليو 1981. واسمه الكامل هو الحاج مالك كريم أمر الله، ونودي باسم حَمْكَه.

وأعطي حَمْكَه مؤخرا باللقب بويا، وهو اللقب الذي أعطته قبيلة مينانغكابو علي بعض الاشخاص وكلمة بويا مشتق من كلمة أبي. وأبي في اللغة العربية بمعنى والدي، أو شخص محترم.

وكان والده الشيخ عبد الكريم بن أمر الله المشهور باسم حاجي رسول أحد رواد حركة الإصلاح (التجديد) في مينانغكابو، بعد عودته من مكة المكرمة في عام 1906.

تلقى حَمْكَه تعليمه في المدرسة الابتدائية في مانينجاو حتي الدرجة الثانية. ولما بلغ عمره عشر سنوات، أنشأ والده مدرسة “سومطرة طواليب” في بادانج بانجانغ. وهناك درس همكا علوم الدين وتعمق في اللغة العربية. كما حضر ” حَمْكَه” تعاليم دينية في بعض مساجد من العلماء المشهورين مثل الشيخ إبراهيم موسى والشيخ أحمد رشيد والشيخ سلطان منصور والسيد سورجوبارونتو وكياحي باغوس هاديكوسومو.

في البداية أصبح حَمْكَه معلما في العلوم الاسلامية في عام 1927 في مزرعة تيبنغ تينجي ميدان، وكذلك في مدينة بادانج بانجانج عام 1929. ثم اصبح حَمْكَه محاضرا في الجامعة الإسلامية جاكرتا كما تم تعيينه محاضرا في الجامعة المحمدية في مدينة بادانج بانجانج من عام 1957 الي عام 1958. وبعد ذلك تم تعيينه ايضا رئيسا للتعليم العالي الإسلامي جاكرتا وأستاذ لجامعة موستوبو جاكرتا من عام 1951-1960، و بعد ذلك أصبح موظفا في وزارة الشؤون الدينية، لكنه استقال عندما قال له سوكارنو أن تختار بين كونه الموظف الحكومي أو دخل في السياسة لدى مجلس شوري مسلمي اندونيسيا(Masyumi) .

كان حَمْكَه يدرس العلوم وحده بطريق أوتوديداك ، منها علم الفلسفة والأدب والتاريخ وعلم الاجتماع وعلم السياسة، سواء كانت سياسية إسلامية ام سياسة غربية. مع الكفاءة العالية في اللغة العربية، وبمهاراته العالية في اللغة العربية استطاع تحقيق مؤلفات العلماء والشعراء في الشرق الأوسط مثل زكي مبارك، جورجي زيدان، وعباس العقاد، ومصطفى المنفلوطي وحسين هيكل. ومن خلال اللغة العربية أيضا درس وحقق مؤلفات المثقفين الفرنسية والإنجليزية والألمانية مثل ألبيرت كاموس، وويليام جيمس، وسيغموند فرويد، وأرنولد توينبي، وجان بول سارتر، وكارل ماركس وبيار لوتي. وبالإضافة إلى ذلك واظب حَمْكَه على القراءة ويحب ان يتبادل الافكار مع شخصيات شهيرة مثل جوكروامينوتو، ورادين ماس سورجوفارونوتو، وحاجي فخر الدين، وسيد سوتن منصور وكياحي باغوس هاديكوسومو ويدرب موهبته مرارا ليصبح خطيبا مميزا.

كما اشترك حَمْكَه في الحركة الإسلامية من خلال جمعية المحمدية. وشارك أيضا في تأسيس الجمعية المحمدية من عام 1925 لمحاربة الخرافات، والبدع، وطريقات الباطنية الضالة في بادانج بانجانغ. وفي عام 1928 فتح حَمْكَه فرع المحمدية في بادانج بانجانغ. وفي عام 1929 أنشأ حَمْكَه مركز التدريب المحمدية للدعاة. وبعد عامين أصبح حَمْكَه وكيلا لقنصلية جمعية المحمدية في ماكاسار. ثم تم انتخب رئيسا لمجلس المحمدية في ولاية سومطرة الغربية من قبل مؤتمر المحمدية ليبدل مكان سيد سوتان مانغكوتو في عام 1946. وفي عام 1950أعاد بناء الخطة استعدادا لمؤتمر جمعية المحمدية الحادي والثلاثين في يوجياكارتا.

وفي عام 1953 انتخب حَمْكَه مستشارا لجمعية المحمدية وفي تاريخ 26 يوليو عام 1977 كان وزير الشؤون الدينية في إندونيسيا الأستاذ الدكتور موكتى علي عينه رئيسا عاما لمجلس علماء إندونيسيا. ولكنه وضع هذا المنصب في عام 1981 بعد ان تجاهلت الحكومة الاندونيسية نصيحته.

بدأ حَمْكَه الأنشطة السياسية في عام 1925 عندما أصبح عضوا في الحزب السياسي الإسلامي. وفي عام 1945 ساعد حَمْكَه في الدفاع عن الوطن ضد المستعمرين الهولنديين في إندونيسيا وذلك من خلال خطبته، وتجميع أصدقائه في الحركة بطريقة مخفية عبر الغابات في منطقة ميدان. وفى عام 1947عين حَمْكَه رئيس لجبهة الدفاع الوطنى الاندونيسية. وأصبح عضوا في لجنة الدستور في مجلس شوري مسلمي اندونيسيا(Masyumi) وخطيبا اساسيا في الانتخابات عام 1955. وبهدا ذلك منعت الحكومة الاندونيسية حين ذاك إنشاء حزب مجلس شوري مسلمي اندونيسيا في عام 1960. وبين عام 1964 الي 1966 صار حَمْكَه مسجونا من قبل الرئيس سوكارنو بتهمة أنه يؤيد ماليزية. وفي داخل السجن بدأ أن يكتب كتابه في التفسير الذي عرف باسم تفسير الأزهر وهو يعد من أبر إنجازاته العلمية. وبعد خروجه من السجن عين حَمْكَه خبيرا لمجلس المشاورة والفضيلة الوطنية, وعضو مجلس شئون الحج وعضو المعهد الثقافي الوطني الإندونيسي.

وبالإضافة إلى كونه بارزا في الشؤون الدينية والسياسية، فهو أيضا صحافي وكاتب ومحرر وناشر. ومنذ عام 1920 أصبح حَمْكَه صحافيا في بعض الشركات الإعلامية مثل جريدة بيليتا اندلاس ((pelita andalas جريدة سيروان إسلام (seruanislam) و بينتاج اسلام (bintang islam) وسيروان المحمدية(seruan muhammadiyah) . وفي عام 1928 أصبح محررا لمجلة كاماجوان مشاركات (Kemajuan Masyarakat). وفي عام 1932 أصبح محررا وناشرا في مجلة المهدي في ماكاسار. كما انه محرر لمجلة المبادئ فادومان مشاراكات (Pedoman Masyarakat) ومجلة فانجي ماشاراكات (Panji Masyarakat) و جيما إسلام (Gema Islam) .

وبالإضافة إلى ذلك ألف مؤلفات علمية إسلامية وأدبية مثل الروايات والقصص القصيرة. وأعظم نتاجه العلمي هو التفسير الأزهر (5 مجلدات)، ومن الروايات التي تلقت اهتمام الجمهور وأصبح من النص الأدبي المشهور في ماليزية وسنغافورة مثل رواية غرق السفينة فان دير ويك، وتحت حماية الكعبة، والتغرب إلى ديلي.

نال حَمْكَه عدد من الجوائز العالمية والوطنية مثل جائزة دكتوراه الفخرية هونوريس كاوسا، من جامعة الأزهر مصر عام 1958. ودكتور هونوريس كوسا، من جامعة كيبانغسان ماليزيا في عام 1974 و إعطاء اللقب “داتوك إندونو” و “بنجيران وروغونو” من الحكومة الاندونيسية.

وانتقل حَمْكَه إلى رحمة الله تعالي في تاريخ 24 يوليو عام 1981، ولكن خدماته ونفوذه لا زلنا نشعر به حتي اليوم في إعلاء راية الإسلام. ومكانته العلمية والأدبية ومعترف به ليس في بلده فحسب بل نال حَمْكَه التقدير والمدح والاحترام في دول شرق آسيا بما في ذلك ماليزيا وسنغافورة.

المترجم : هان هان علةم الدين | المحرر: فارس البدر | المصدر


Buya Hamka lahir tahun 1908, di desa kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat, dan meninggal di Jakarta 24 Juli 1981. Nama lengkapnya adalah Haji Abdul Malik Karim Amrullah, disingkat menjadi HAMKA.

Belakangan ia diberikan sebutan Buya, yaitu panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab, yang berarti ayah kami, atau seseorang yang dihormati.

Ayahnya adalah Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.

HAMKA mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga Darjah Dua. Ketika usia HAMKA mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang. Di situ HAMKA mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. HAMKA juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjoparonto dan Ki Bagus Hadikusumo.

Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padangpanjang pada tahun 1929. HAMKA kemudian dilantik sebagai dosen di Universitas Islam Jakarta dan Universitas Muhammadiyah Padangpanjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam

Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjabat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jabatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).

Hamka adalah seorang otodidak dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam maupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin membaca dan bertukar-tukar pikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjoparonoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.

Hamka juga aktif dalam gerakan Islam melalui pertubuhan Muhammadiyah. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai tahun 1928 beliau membuka cabang Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar. Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.

Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiah. Pada 26 Juli 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia.

Kegiatan politik HAMKA bermula pada tahun 1925 apabila beliau menjadi anggota parti politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidatonya dan menyertai kegiatan gerila di dalam hutan di Medan. Pada tahun 1947, HAMKA dilantik sebagai ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi anggota Konstituante Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955. Masyumi kemudiannya diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun1966, HAMKA telah dipenjarakan oleh Presiden Sukarno kerana dituduh pro-Malaysia. Semasa dipenjarakanlah maka beliau mula menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, HAMKA dilantik sebagai ahli Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia. .

Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, HAMKA merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an lagi, HAMKA menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. HAMKA juga pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Hamka juga menghasilkan karya ilmia. Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novel-novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli.

Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universitas al-Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universitas Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno daripada pemerintah Indonesia.

Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Juli 1981, namun jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura, turut dihargai.

تعليقات
Loading...